Itali, Australia rebut vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Itali, Australia rebut vaksin Covid-19

ITALI menyekat penghantaran vaksin Astrazeneca ke Australia kerana syarikat farmaseutikal itu gagal memenuhi perjanjian dengan Suruhanjaya Eropah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Australia meminta Suruhanjaya Eropah meneliti keputusan yang dibuat Itali untuk menyekat penghantaran vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca ke negara ini.

Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt memberitahu perkara itu sudah dimaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan suruhanjaya tersebut perlu melihat pelbagai sudut sebelum keputusan muktamad dibuat.

Katanya, Australia sudah pun menerima 300,000 dos vaksin AstraZeneca setakat ini.

Namun, Hunt memberi jaminan tindakan tersebut tidak akan menjejaskan program vaksinasi di negara ini.

Australia memulakan program vaksinasi terhadap penduduknya sejak dua minggu lalu menggunakan vaksin keluaran Pfizer walaupun bekalannya terhad.

Dalam pada itu, AstraZeneca tidak membuat sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Terdahulu, Itali yang disokong Suruhanjaya Eropah menghalang pelan AstraZeneca untuk mengeksport kira-kira 250,000 vaksin keluarannya ke Australia selepas syarikat pengeluar tersebut gagal memenuhi komitmen yang dimeterai dengan Kesatuan Eropah (EU).

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi yang baru dilantik pada bulan lalu memberitahu semua pemimpin EU bahawa blok tersebut perlu mempercepatkan program vaksinasi dan mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat pengeluar yang gagal mengikut perjanjian kontrak.

Selain itu, Draghi menyatakan Australia bukan negara ‘paling teruk terjejas’ akibat Covid-19, selain menempah bekalan dos yang terlalu tinggi. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.