YANGON: Lebih 500 penduduk termasuk kanak-kanak menjadi mangsa tindakan kekerasan junta tentera Myanmar sejak siri protes membantah rampasan kuasa berlangsung pada Februari lalu. Jumlah korban itu terus bertambah ketika kuasa dunia meningkatkan tekanan terhadap barisan pemimpin ketenteraan negara ini. Washington menggantung semua perjanjian perdagangan dengan Myanmar dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa komuniti antarabangsa ‘melakukan desakan berterusan’. “Adalah sangat tidak boleh diterima melihat keganasan berlaku dan…