Penunjuk perasaan tidak hirau amaran tentera Myanmar - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan tidak hirau amaran tentera Myanmar

PENUNJUK perasaan melakukan demonstrasi di Naypyidaw, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Puluhan ribu penunjuk perasaan sekali lagi berhimpun di beberapa tempat di seluruh Myanmar hari ini biarpun junta memberi amaran untuk menggunakan kekerasan jika keadaan semakin tidak terkawal.

Amaran itu dikeluarkan tentera Myanmar selepas tiga penunjuk perasaan ditembak mati ketika menyertai demonstrasi sebelum ini.

Keadaan di negara ini terus bergolak sejak pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi ditahan tentera pada 1 Februari lalu dan berlaku rampasan kuasa.

Siri tunjuk perasaan yang berlaku turut menjejaskan ekonomi negara ini apabila banyak sektor perkhidmatan dan industri tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Tentera Myanmar menerusi satu kenyataan yang disiarkan oleh stesen penyiaran MRTV memaklumkan ‘kesabaran mereka mula menipis’.

“Penunjuk perasaan kini menghasut rakyat terutamanya golongan belia supaya menentang kerajaan yang secara jelas akan memberi banyak kesan buruk,” jelas kenyataan itu.

Seorang penunjuk perasaan, Kyaw Kyaw, 23, menegaskan dia tidak akan mengalah dan terus mendesak supaya tentera membebaskan Suu Kyi.

“Kami bimbangkan dengan keadaan yang berlaku ketika ini, namun kami tidak akan mengalah dengan mudah sehingga demokrasi dan kebebasan dikembalikan,” katanya.

Dalam pada itu, ribuan penunjuk perasaan turut berarak di Naypyidaw, bandar Myitkina dan Dawei. – AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.