Anak ikan jerung mirip wajah manusia - Utusan Malaysia

Anak ikan jerung mirip wajah manusia

ANAK ikan jerung yang mempunyai wajah kelihatan seperti manusia ditemui selepas membelah perut jerung dewasa. - VIRAL PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang nelayan dari Indonesia terkejut apabila menemui seekor anak ikan jerung yang memiliki wajah kelihatan seperti manusia selepas membelah perut jerung dewasa.

Lapor Daily Mail, Abdullah Nuren, 48, secara tidak sengaja menangkap ikan jerung dewasa itu yang tersangkut dalam jaringnya di perairan berhampiran Rote Ndao di wilayah Nusa Tenggara Timur.

Ketika membelah perut haiwan itu, dia menemui tiga ekor anak ikan jerung yang mana rupa salah seekornya mirip wajah manusia dengan mempunyai dua mata bulat yang besar.

“Pada mulanya, saya menjumpai seekor ikan jerung dewasa terperangkap dalam jaring. 

“Keesokan harinya, saya membelah perut ibu ikan itu bagi mengeluarkan usus dan mendapati tiga ekor anak ikan jerung di dalamnya.

“Dua seperti ibunya namun seekor anak ikan jerung itu kelihatan seperti mempunyai wajah manusia,” katanya.

Abdullah kemudian membawa anak ikan jerung berwajah pelik itu ke rumahnya untuk ditunjukkan kepada ahli keluarganya yang juga membantu dia mengawetkan haiwan tersebut.

Katanya, beberapa penduduk tempatan mahu membeli anak ikan jerung itu namun dia enggan menjual kepada mereka. 

“Ramai penduduk datang ke rumah saya untuk melihat anak ikan jerung itu. 

“Bahkan, ramai juga mahu membelinya tetapi saya akan menyimpan haiwan itu. Saya rasa ia akan membawa tuah kepada saya,” katanya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya