WHO cadang dua dos vaksin Pfizer-BioNTech - Utusan Malaysia

WHO cadang dua dos vaksin Pfizer-BioNTech

PETUGAS kesihatan sedang menyediakan suntikan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech di Hospital Timone di Marseille, tenggara Perancis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan kepada penduduk untuk mendapatkan dua dos suntikan vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech dalam tempoh 21 hingga 28 hari.

Ia berikutan kebanyakan negara bertungkus lumus menjalankan proses vaksinasi yang mampu memerangi virus Covid-19.   

Kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah baharu untuk menangani penularan sementara berdepan dengan permintaan tinggi untuk vaksin kerana ia dilihat sebagai jalan terbaik untuk menamatkan krisis kesihatan dunia ini.

Namun, dengan kekurangan bekalan, WHO meneliti pendekatan menggunakan vaksin Covid-19 dengan cara paling berkesan kepada penduduk.

“Kami telah berbincang dan mengeluarkan cadangan berikut iaitu dua dos suntikan vaksin (Pfizer) diambil dalam tempoh 21 hingga 28 hari,” kata Pengerusi Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) WHO, Alejandro Cravioto menerusi taklimat berita dalam talian. 

Menurut panel tersebut, negara-negara harus mempunyai kelonggaran untuk meluaskan lagi proses vaksinasi Covid-19 selama enam minggu bagi membolehkan lebih ramai penduduk berisiko tinggi terhadap virus itu mendapatkan suntikan tersebut.  

“SAGE membuat ketetapan itu bagi negara yang mengalami kekangan bekalan vaksin (Pfizer) yang luar biasa untuk menangguhkan pemberian suntikan dos kedua selama beberapa minggu dalam usaha memaksimumkan jumlah individu mendapat manfaat daripada dos pertama,” katanya.

Tambah Cravioto, semua pihak perlu lebih terbuka dengan keputusan demikian yang harus dilakukan oleh negara terbabit berdasarkan keadaan epidemiologi masing-masing.  

Dalam pada itu, Eksekutif SAGE, Joachim Hombach berpandangan, langkah menangguhkan dua proses inokulasi vaksin Pfizer wajar bagi negara-negara yang tidak dapat melaksanakan cadangan utama.   

“Jawatankuasa Bersama Antarabangsa (JCI) yang merupakan badan pengesyoran untuk United Kingdom (UK), telah memberi banyak fleksibiliti sehingga 12 minggu dengan mengambil kira keadaan tertentu yang dihadapi oleh negara terbabit.  

“Kami sedar bahawa negara mungkin perlu lebih fleksibel dalam urusan pemberian suntikan dos kedua, namun yang pentingnya adalah ia terdapat sedikit sahaja berdasarkan data empirikal daripada ujian klinikal yang menyokong cadangan seperti ini,” katanya. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya