fbpx

‘Tolong keluarga saya Ya Allah’

IDENTITI seorang daripada tiga anak Yaman Zai yang menaiki pesawat Sriwijaya Air sudah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIANAK: Seorang lelaki menjerit dan menangis ketika memasuki Lapangan Terbang Supadio di sini, semalam.

Lapor Kompas.com, lelaki itu yang dikenali sebagai Yaman Zai memaklumkan isteri serta tiga anaknya termasuk yang baru dilahirkan adalah penumpang pesawat Srwijaya Air.

Lelaki yang berasal dari Pulau Nias itu memaklumkan dia sudah menetap selama setahun di Pontianak atas urusan kerja.

Kerana sudah lama tidak bertemu keluarganya, dia mengajak isteri serta tiga anaknya termasuk yang baru lahir datang ke sini.

“Isteri dan tiga anak saya merupakan penumpang pesawat tersebut. Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku ketika ini, tolong mereka Ya Allah” katanya sambil menangis.

Yaman menyatakan kali terakhir dia berhubungan dengan isterinya adalah pukul 1.30 petang waktu tempatan.

“Isteri beritahu mereka sudah ada di Lapangan Terbang Soekarno Hatta untuk berlepas dan selepas itu saya mendapat tahu bahawa pesawat yang mereka naiki sudah terputus hubungan.

“Saya cuba hubungi isteri namun telefonnya tidak aktif,” ujarnya.