Kongres sahkan kemenangan Joe Biden - Utusan Malaysia

Kongres sahkan kemenangan Joe Biden

JOE BIDEN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Joe Biden disahkan memenangi pilihan raya lalu dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu pada 20 Januari ini.

Kemenangannya dimuktamadkan selepas Timbalan Presiden AS, Mike Pence mengisytiharkan Kongres mengesahkan undian Dewan Pemilih (Electoral College) di semua negeri.

Presiden Donald Trump akur dengan keputusan tersebut dan menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan ‘akan berlaku peralihan teratur’ pada 20 Januari ini.

“Walaupun saya sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya, namun peralihan teratur tetap akan berlaku pada 20 Januari ini.

“Saya sering menegaskan bahawa kami akan meneruskan perjuangan bagi memastikan hanya undi sah dikira. Ini adalah permulaan perjuangan untuk Menjadikan Amerika Hebat Lagi!,” katanya.

Kenyataan Trump itu diciap oleh pengarah media sosialnya, Dan Scavino.

Akaun Twitter dan facebook Trump kini disekat buat sementara waktu susulan rusuhan yang berlaku di bangunan Capitol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya