Jalan ditutup kerana singa laut - Utusan Malaysia

Jalan ditutup kerana singa laut

SINGA laut diancam kepupusan di New Zealand, selain merupakan antara spesies haiwan paling unik di dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand memutuskan sebahagian jalan di Dunedin di selatan negara ini akan ditutup selama sebulan bagi membenarkan kumpulan singa laut betina dan anak-anaknya ‘melintas’ ke kawasan laut dengan selamat.

Menurut kenyataan dalam Facebook Dewan Bandar Dunedin seperti dilaporkan CNN, laluan di John Wilson Ocean Drive akan ditutup selepas singa laut membuat sarang di kawasan berdekatan padang golf dan melintas jalan menuju ke pantai. 

“Anda masih boleh melawat kawasan itu dengan berjalan kaki atau menunggang basikal, tetapi tolong berikan laluan kepada singa laut sekurang-kurangnya dalam jarak 20 meter,” katanya. 

Selain itu, orang ramai juga digalakkan tidak membawa anjing mereka ke kawasan terbabit memandangkan anjing suka menyerang singa laut sehingga mendatangkan kecederaan.

Arahan itu menerima pelbagai reaksi daripada penduduk tempatan dan seorang penduduk, Gaylene Smith mencadangkan supaya jalan itu ditutup buat selama-lamanya. 

 “Tiada anjing patut berada di kawasan pantai dan kita perlu melindungi singa laut,” ujarnya. 

Sementara itu, Chisholm Links Golf Course yang menjadi tempat haiwan itu membina sarang, turut memuat naik kenyataan dalam Facebook dan menasihati pemilik anjing. 

“Kita sangat bertuah kerana mempunyai haiwan mamalia di kawasan pantai dan kita perlu berkongsi ruang dengan haiwan itu kerana inilah yang membuatkan pesisir pantai Dunedin sangat unik,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya