Institut vaksin India terbakar - Utusan Malaysia

Institut vaksin India terbakar

KEBAKARAN besar berlaku di Institut Serum di Pune, barat India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di Institut Serum iaitu firma pengeluar vaksin terbesar di dunia.

Namun, kebakaran itu didakwa tidak menjejaskan vaksin Covid-19 yang dihasilkan.

Siaran televisyen menunjukkan asap tebal menyelubungi institut tersebut yang terletak di Pune di barat India.

Institut Serum menghasilkan jutaan dos vaksin coronavirus iaitu Covishield yang dibangunkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford.

Sebanyak tujuh jentera bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Punca kebakaran mahupun terdapat kecederaan masih belum dapat dikenal pasti. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya