Arab Saudi lancar bandar bebas karbon - Utusan Malaysia

Arab Saudi lancar bandar bebas karbon

GAMBARAN artis mengenai bandar bebas karbon di NEOM yang dianggarkan bernilai AS$500 bilion. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALA ULA: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman melancarkan pelan pembinaan sebuah bandar bebas karbon di bawah projek mega futuristik, NEOM.

NEOM merupakan projek pembinaan mega yang pertama bernilai AS$500 bilion (RM2.02 trilion) di zon perniagaan utama yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi negara pengeksport minyak mentah terbesar di dunia.       

Lapor Reuters, Putera Mohammed dalam satu siaran televisyen memberitahu, bandar dikenali `The Line’ yang jaraknya sepanjang 170 kilometer, mampu menempatkan sejuta penduduk dalam pembangunan bandar positif karbon yang digerakkan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui.     

“Mengapa kita harus mengorbankan alam semula jadi demi pembangunan. Kita perlu mengubah konsep bandar konvensional menjadi kepada futuristik,” katanya.

Dalam pada itu, Putera Mohammed ketika ditemui pemberita di bandar barat laut Al Ula berkata, projek tersebut merupakan hasil daripada persiapan selama tiga tahun.  

Tambah beliau, infrastruktur projek itu bakal menelan kos perbelanjaan antara AS$ 100 bilion hingga AS$200 bilion (RM404 bilion hingga RM808 bilion).

“Tunjang pelaburan projek `The Line’ dibiayai oleh dana sokongan NEOM bernilai AS$500 bilion (RM2.02 trilion) daripada kerajaan Arab Saudi, Dana Pelaburan Awam (PIF) serta pelabur tempatan dan antarabangsa selama 10 tahun,” katanya.    

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, pembinaan bandar itu akan bermula pada suku pertama 2021.

Ia dijangka menyumbang AS$48 bilion (RM194 bilion) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Arab Saudi 2030 selain mewujudkan 380,000 pekerjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.