20 cedera akibat letupan di Gaza - Utusan Malaysia

20 cedera akibat letupan di Gaza

GAMBAR HIASAN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Lebih 20 orang cedera dan beberapa rumah musnah selepas letupan besar berlaku di perumahan penduduk di Gaza yang ditadbir Hamas, semalam.

Punca letupan dikatakan berpunca dari sebuah rumah yang menempatkan kumpulan bersenjata di Gaza.

Kementerian Dalam Negeri berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca letupan tersebut.

“Letupan berlaku di kawasan perumahan di Beit Hanoun pagi ini, sehingga menyebabkan ramai tercedera,” katanya.

Pasukan perubatan memaklumkan lebih 20 penduduk tercedera dan dua daripadanya mengalami kecederaan parah.

Saksi kejadian berkata, beberapa rumah musnah akibat letupan tersebut.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden itu, tetapi tentera Israel mendakwa kononnya terdapat penyimpanan senjata di rumah penduduk.

Kumpulan Hamas kini menguasai Gaza selepas berjaya merampas bandar itu dari Kumpulan Fatah dalam perang saudara pada 2007. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya