Raja Thailand ampun 30,000 banduan - Utusan Malaysia

Raja Thailand ampun 30,000 banduan

RAJA Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn, bersama-sama Permaisuri Suthida bertemu penyokong yang berkumpul di luar Istana Besar di Bangkok, bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 30,000 banduan di Thailand mendapat pengampunan dan 200,000 yang lain akan diringankan hukuman susulan satu dekre diraja dikeluarkan sempena sambutan ulang tahun kelahiran mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.

Royal Gazette mengumumkan bahawa Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mengeluarkan pengampunan dan amnesti berkenaan di seluruh negara bagi menandakan tarikh kelahiran ayahandanya pada Sabtu.

Berdasarkan Bangkok Post, wartawan, Sorrayuth Suthassanachinda, pemimpin protes kumpulan baju merah,  Nattawut Saikuar dan bekas menteri perdagangan, Boonsong Teriyapirom adalah antara individu yang tempoh hukuman akan dipendekkan.

Sorrayuth dikenakan hukuman penjara selama lapan tahun pada awal tahun ini selepas seorang rakannya gagal mendedahkan lebihan pendapatan daripada iklan televisyen ketika program berita pada 2000. 

Nattawut dipenjarakan kerana penglibatannya dalam kegiatan politik yang menyokong bekas perdana menteri, Thaksin dan adiknya, Yingluck Shinawatra.

Namun, Nattawut masih boleh kembali ke penjara selepas dibebaskan sebelum akhir tahun ini atas tuduhan lain terhadapnya.

Boonsong yang mendapat hukuman penjara selama 48 tahun kerana penglibatannya dalam kes pembelian beras semasa pemerintahan Yingluck. 

Menurut laporan itu, Jabatan Pembetulan Kementerian Keadilan ketika ini mempunyai sebanyak 247,557 banduan yang layak mendapat pengurangan tempoh hukuman daripada jumlah 344,161 banduan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya