Pembunuh digelar ‘lelaki sejati’ - Utusan Malaysia

Pembunuh digelar ‘lelaki sejati’

RIVAT EKA PUTRA (berbaju oren) didakwa atas kesalahan membunuh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Biarpun ditahan kerana didakwa membunuh skandal isterinya, seorang lelaki dibanjiri sokongan serta kata-kata semangat daripada orang ramai termasuk penduduk di Prabumulih.  

Lapor Tribun News, Rivat Eka Putra, 43, dianggap sebagai lelaki sejati dan ‘pahlawan’ yang membela serta mempertahankan kehormatan rumah tangganya. 

Dalam media sosial, berita Rivat sering mendapat perhatian oleh warga maya bahkan mendapat sokongan penduduk yang sanggup menghantar makanan kepada tiga anaknya. 

Orang ramai turut merancang menghubungi peguam Hotman Paris untuk membantu Rivat mendapatkan hukuman penjara yang lebih ringan. 

Bahkan ada yang memuat naik tanda pagar pembebasan Rivat kerana dia dianggap sebagai lelaki yang baik dan melakukan pembunuhan itu akibat harga dirinya dipermainkan. 

“Lelaki mana yang mahu harga dirinya diperkotak-katikkan,” tulis pengguna media sosial. 

Selain itu, seorang netizen meminta Rivat dibebaskan kerana isterinya yang mencetuskan persengketaan itu sehingga berlaku aksi pembunuhan. 

“Bebaskan lelaki itu, dia tidak salah tetapi isterinya yang salah,” tulisnya. 

Malah penduduk di kawasan itu turut mengatakan Rivat adalah seorang pendiam dan merupakan ahli pengajian agama. 

Rivat didakwa atas kesalahan membunuh seorang lelaki, Ario Fernando, 34, di Diva Family Karaoke, Prabumulih dengan pisau kerana mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, Yebi Abmi sejak enam bulan lalu.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya