Budak dua tahun ditinggalkan bersama nota - Utusan Malaysia

Budak dua tahun ditinggalkan bersama nota

RAKAMAN CCTV menunjukkan kanak-kanak kecil itu ditinggalkan oleh seorang lelaki. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun ditinggalkan di luar sebuah pusat amal di Mississippi, dengan hanya bersertakan sekeping nota dan beg pakaian.

Lapor Mirror, menurut jurucakap Jabatan Polis Southaven, kanak-kanak lelaki itu tidak mampu memberi maklumat mengenai dirinya mahupun nama ibu bapanya.  

“Dia ditinggalkan diluar pusat amal Goodwill berserta sehelai kertas dengan nota yang menyatakan ibunya tidak dapat menjaga kanak-kanak itu lagi,” kata polis.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan oleh polis menunjukkan kanak-kanak itu ditinggalkan oleh seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan topi koboi kira-kira pada pukul 9.50 pagi semalam. 

Polis juga menyiarkan gambar kanak-kanak kecil itu, lelaki terbabit, seorang wanita dan sebuah kereta dinaiki tiga individu itu bagi tujuan menjejak mereka.

Selepas hampir enam jam, polis berjaya menahan seorang individu yang berkaitan dengan kejadian tersebut.

Budak lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis sebelum dihantar ke pusat perkhidmatan perlindungan kanak-kanak ketika siasatan sedang berjalan. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Southven, Macon Moore berkata, seorang suspek ditahan pada pukul 3.30 petang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut atau tuduhan yang akan dikenakan.  

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang memberikan petunjuk berhubung suspek dalam kes ini.

“Kerjasama masyarakat dan usaha penguatkuasaan undang-undang telah mempercepatkan lagi penahanan suspek itu,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya