Bayi antara lima maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Bayi antara lima maut dirempuh kereta

This image grab taken from a video obtained from Steil-TV shows destruction at the scene where a car drove into pedestrians in the center of Trier, southwestern Germany, on December 1, 2020. - At least two people were killed and several injured when a car drove into a pedestrian zone in the southwestern German city of Trier on December 1, 2020, police said, adding that the driver had been arrested. (Photo by STEIL-TV / STEIL-TV / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIER: Seorang bayi berusia sembilan bulan merupakan antara lima maut dalam kejadian sebuah kereta yang dipandu laju terbabas lalu merempuh laluan pejalan kaki di kawasan beli belah di bandar Trier, barat daya Jerman.

Menurut polis, pihaknya berjaya menahan pemandu berkenaan.

Pendakwa raya, Peter Fritzen berkata, pemandu berusia 51 tahun yang berasal dari Trier, dikatakan mengalami masalah psikiatri.

Katanya, pemandu tersebut berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian yang turut menyebabkan 14 yang lain cedera.

Menurut polis, pihaknya mendapati ‘tiada tanda motif politik’ berkaitan insiden itu selepas menyoal siasat suspek tersebut. 

Fritzen berkata, pihak pendakwa raya juga sedang mempertimbangkan untuk meminta agar pemandu itu diletakkan di bawah jagaan psikiatri.

Datuk Bandar Trier, Wolfram Leibe dalam sidang akhbar yang sama berkata, kesemua orang maut dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu lelaki itu termasuk seorang warga emas wanita berusia 73 tahun. 

“Ini adalah hari paling hitam untuk Trier selepas Perang Dunia Kedua,” katanya.

Jelas beliau, seorang wanita berusia 25 tahun dan lelaki berumur 45 tahun antara mereka yang terkorban dalam kejadian itu.

Pihak polis masih belum mendedahkan maklumat mangsa kelima.

Dilaporkan, ibu kepada bayi itu menerima rawatan di hospital akibat kecederaan dialami dalam kemalangan tersebut.

Terdahulu, beberapa saksi mendakwa melihat mangsa melambung ke udara selepas kenderaan itu merempuh mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya