Anak penggal kepala, potong lidah, korek mata ibu sendiri - Utusan Malaysia

Anak penggal kepala, potong lidah, korek mata ibu sendiri

JESSICA mengaku tidak bersalah atas dakwaan memenggal kepala ibunya sendiri. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang wanita yang memenggal kepala ibunya sendiri tidak mengaku bersalah melakukan jenayah itu.

Lapor Mirror, Jessica Camilleri, 27, menafikan tuduhan itu atas alasan mempunyai masalah mental ketika kejadian.

Jessica didakwa menikam, memotong lidah, hidung dan mengorek mata ibunya, Rita yang berusia 57 tahun di Sydney, Australia, Julai tahun lalu.

Pihak polis menemukan mayat Rita di bahagian dapur rumahnya manakala, kepalanya ditanam di halaman rumah jirannya.

Jessica didakwa bertanyakan soalan kepada ibunya sekiranya dia mampu hidup semula sekiranya kepalanya dicantumkan semula dan jantungnya berdegup kembali.

Pendakwa Raya, Tony McCarthy memberitahu hakim bahawa Jessica berkata:

“Saya terus menikam, tikam dan tikam serta mencabut kepalanya,” katanya.

Mahkamah turut diberitahu suspek pernah didakwa sebelum ini menyerang dan mengancam individu secara rawak melalui panggilan telefon termasuk ancaman untuk memenggal kepala dengan pisau.

Selepas kejadian itu berlaku, wanita itu menghubungi bantuan kecemasan dan memberitahu dia cuba mempertahankan dirinya daripada diserang.

Wanita itu mendakwa ibunya menarik rambutnya, menyeretnya ke dapur serta cuba menikamnya terlebih dahulu.

Jessica dijangka menerima hukuman itu pada Februari tahun depan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya