'Adolf Hitler' menang pilihan raya - Utusan Malaysia

‘Adolf Hitler’ menang pilihan raya

ADOLF Hitler Uunona dipilih minggu lalu sebagai Kaunselor bagi kawasan pilihan raya Ompundja. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMIBIA: Seorang ahli politik Namibia yang mempunyai nama sama seperti Adolf Hitler tidak bercadang menguasai dunia selepas menang besar dalam pilihan raya tempatan.

Lapor BBC, Adolf Hitler Uunona dipilih minggu lalu sebagai Kaunselor bagi kawasan pilihan raya Ompundja.

Menerusi temu ramah dengan akhbar Jerman, Bild, beliau menegaskan tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan ideologi Nazi.

Adolf seperti nama pertama rakyat Jerman yang lain bukanlah satu kebiasaan di negara bekas jajahan Jerman itu.

Beliau dipilih oleh parti pemerintah Swapo yang mengetuai kempen menentang penjajah dan undang-undang minoriti kulit putih.

Uunona mengakui nama ayahnya sempena nama pemimpin Nazi itu tetapi beliau sama sekali tidak memahami maksud sebenar Adolf Hitler.

“Sejak kecil saya melihat ia adalah nama yang normal,” katanya.

Uunona memenangi kerusi pilihan raya itu dengan 85 peratus undian.

Katanya, isterinya memanggil dengan panggilan Adolf sehinggalah orang ramai turut mengikut panggilan sama dan beliau tidak bercadang mengubahnya.

Antara 1884 hingga 1915, Namibia merupakan sebahagian dari wilayah Jerman yang digelar Jerman South West Africa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.