fbpx

1 Disember 2020, 7:26 am

  TERKINI

Vaksin Merah Putih diedar Disember 2021

LEMBAGA Biologi Molekul (LBM) Eijkman menyasarkan vaksin Merah Putih dapat diedar untuk kegunaan awam pada Disember 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia dijangka mengeluarkan vaksin Covid-19 yang dikenali dengan nama Merah Putih yang dibangunkan oleh Lembaga Biologi Molekul (LBM) Eijkman pada Disember 2012.

Memetik laporan CNN Indonesia, perkara tersebut disahkan Ketua Konsortium Penyelidikan dan Teknologi Nasional, Ali Ghufron Mukti yang menyatakan penghasilan vaksin Covid-19 memerlukan proses panjang demi menjaga keselamatan dan keberkesanannya ketika diuji.

“Vaksin ini tidak mudah, ia adalah proses yang panjang untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan. Kita jangka vaksin Merah Putih dapat diedarkan pada Disember 202,” katanya.

Kenyataan yang sama turut dikeluarkan oleh Penolong Penyelidik di Institut Eijkman, Herawati Sudoyo yang berkata penghasilan dan penggunaan vaksin terbabit adalah bagi jangka panjang serta mengambil masa lama untuk diproses.

“Vaksin Merah Putih hanya dapat diberikan pada awal tahun 2021 untuk peringkat percubaan klinikal. Pada masa ini, vaksin tersebut masih di peringkat penghasilan di makmal.

“Kita tidak boleh terburu-buru menghasilkan vaksin kerana melibatkan keselamatan rakyat. Apa gunanya jika vaksin yang dihasilkan lebih banyak beri masalah daripada manfaat?,” ujarnya.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebelum ini memaklumkan bahawa vaksin Covid-19 bakal diedar di negara ini pada penghujung bulan ini.

Selain vaksin yang dibangunkan oleh LBM, Indonesia turut menjalin kerjasama menerusi PT Bio Farma dan syarikat China, Sinovac untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

BERITA BERKAITAN