Sesi sekolah 2021 bahaya, tidak wajar - Utusan Malaysia

Sesi sekolah 2021 bahaya, tidak wajar

PERSATUAN guru PG2 membantah cadangan kerajaan Indonesia untuk membuka sesi persekolahan pada tahun depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Perhimpunan untuk Pendidikan dan Guru (PG2) menyifatkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan untuk membuka semula sekolah pada tahun depan ketika pandemik Covid-19 masih belum reda sebagai sangat bahaya dan tidak bertanggungjawab.

Persatuan tersebut menggesa agar kerajaan meneruskan program pembelajaran secara dalam talian sehingga vaksin Covid-19 diperoleh dan diedarkan kepada semua penduduk.

Penyelaras PG2, Satriwan Salim berkata, terdapat beberapa sebab kenapa persatuan tersebut menolak rancangan kerajaan untuk memulakan sesi persekolahan. Antaranya termasuk, keberkesanan pematuhan protokol kesihatan dalam kalangan pelajar diragui.

Begitu juga dengan kesediaan pihak berkuasa tempatan dan pihak sekolah untuk menyediakan infrastruktur yang mematuhi standard protokol Covid-19.

Katanya, jika langkah paling mudah iaitu mematuhi peraturan yang ditetapkan dilihat masih lemah, bagaimana untuk menjamin sesi persekolahan yang selamat?

“Kesediaan infrastruktur dan budaya disiplin dalam kalangan warga sekolah termasuk pelajar masih belum berada di tahap tertinggi.

“Sehubungan itu, PG2 meminta kebenaran daripada Kementerian Pendidikan dan Budaya bersama Kementerian Agama untuk mengatur satu per satu protokol kesihatan sekolah yang lengkap di seluruh negara,” katanya seperti yang dilaporkan Suara.com.

Selain itu, Satriwan juga menegaskan bahawa pihak sekolah tidak boleh memaksa golongan ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka pergi ke sekolah.

Jelas beliau, pergaulan terbatas di sekolah sama sahaja dengan sesi pembelajaran secara dalam talian.

“Interaksi antara pelajar dan guru pasti akan terbatas susulan protokol kesihatan yang ditetapkan, jadi apa beza dengan mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian?,” soalnya.

Sementara itu, Satriwan menegaskan supaya sesi persekolahan hanya dimulakan selepas kerajaan Indonesia berjaya memperoleh bekalan vaksin Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya