Pesakit Covid-19 berisiko hidap penyakit mental? - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 berisiko hidap penyakit mental?

PESAKIT Covid-19 yang berjaya pulih berdepan risiko menghidap penyakit mental. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ramai pesakit Covid-19 yang berjaya pulih daripada virus maut itu berisiko besar untuk menghidap penyakit mental. 

Berdasarkan satu kajian, para saintis mendapati sebanyak 20 peratus daripada golongan yang dijangkiti koronavirus didiagnosis mempunyai gangguan psikiatri dalam tempoh 90 hari. 

Reuters melaporkan, masalah kemurungan, insomnia dan kegelisahan paling biasa ditemukan dalam kalangan pesakit Covid-19 yang mengalami masalah kesihatan mental.

Para penyelidik mendapati pesakit Covid-19 yang pulih juga berdepan dengan risiko menghidap penyakit demensia.

“Banyak pihak melahirkan kebimbangan mengenai ramai pesakit Covid-19 yang berjaya pulih mungkin mempunyai masalah mental dan kajian kami menunjukkan risiko itu boleh berlaku,” katanya pakar psikiatri di Universiti Oxford, Paul Harrison.

Menurut beliau, doktor dan saintis di seluruh dunia perlu segera menyiasat punca dan mengenal pasti rawatan baharu bagi pesakit Covid-19 yang menghidap penyakit mental. 

“Perkhidmatan kesihatan harus bersiap sedia menawarkan rawatan yang bersesuaian bagi mengelak lebih banyak masalah pada masa akan datang, memandangkan ada pihak beranggapan bahawa risiko (penyakit mental) itu tidak masuk akal,” katanya.  

Kajian itu disiarkan dalam jurnal The Lancet Psychiatry yang meneliti rekod kesihatan elektronik membabitkan 69 juta orang di Amerika Syarikat (AS) termasuk lebih 62,000 kes Covid-19. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN