Penumpang Qantas wajib ambil vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Penumpang Qantas wajib ambil vaksin Covid-19

Qantas Airways menawarkan ganjaran kepada penumpang yang telah divaksin sepenuhnya merangkumi baucar penerbangan serta kredit status program kesetiaan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Penumpang antarabangsa perlu menjalani proses vaksinasi Covid-19 sebelum menaiki pesawat syarikat penerbangan Australia, Qantas. 

Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce berkata, peraturan itu akan menjadi ketetapan dalam industri penerbangan bagi menjamin keselamatan penumpang daripada wabak koronavirus. 

Katanya, peraturan baharu itu bakal dilaksanakan selepas vaksin Covid-19 sudah diedarkan kepada penduduk di seluruh dunia.

“Peraturan untuk mewajibkan setiap penumpang antarabangsa mendapatkan vaksin Covid-19 sebelum menaiki pesawat adalah antara langkah terbaik mencegah kes jangkitan.

“Kita mungkin mempertimbangkan ketetapan yang sama untuk penerbangan domestik, namun Qantas ingin mengutamakan peraturan itu terhadap penumpang antarabangsa yang masuk ke Australia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, vaksin yang dibangunkan oleh Universiti Oxford dan syarikat farmaseutikal AstraZeneca yang pada mulanya dilaporkan mampu mencegah jangkitan koronavirus sebanyak 70 peratus boleh ditingkatkan kepada 90 peratus dengan penambahan dos.

Pakar memberitahu, vaksin tersebut boleh digunakan dengan selamat tanpa kesan sampingan yang berbahaya, selain mudah disimpan berbanding dua lagi vaksin Covid-19 iaitu keluaran Pfizer dan Moderna.

Berdasarkan data daripada peringkat akhir kajian di Britain dan Brazil, vaksin itu menunjukkan keberkesanan apabila digunakan separuh dos dan satu dos dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.