Pengasas ‘Ice Bucket Challenge’ meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengasas ‘Ice Bucket Challenge’ meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pengasas ‘Ice Bucket Challenge’ atau cabaran mandi ais, Patrick Quinns meninggal dunia akibat menderita penyakit Sklerosis Lateral Amiotrofi (ALS) pada usia 37 tahun.

Menurut laman Facebook Quinns, beliau sudah menghidap penyakit tersebut selama tujuh tahun sejak 8 Mac 2013 dan kempen mandi ais yang dimulakannya berjaya mengumpul dana sebanyak lebih AS$220 juta (RM900 juta) untuk penyelidikan perubatan ALS atau juga dikenali sebagai Lou Gehrig.

Media sosial dibanjiri dengan ucapan takziah daripada peminat Quinns dengan rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas perjuangan beliau melawan ALS dan usahanya untuk mencari penawar penyakit tersebut.

“Dengan penuh rasa sedih, kami berkongsi berita kematian Quinns.

“Kami akan sentiasa mengenang beliau atas inspirasi dan keberaniannya dalam berjuang melawan penyakit ALS,” kata peminatnya di Facebook. 

Cabaran mandi ais mula tular dalam media sosial pada 2014 apabila jutaan penduduk di seluruh dunia menyertainya dengan memuat naik video dan gambar mereka mandi ais dan mencalonkan individu lain untuk melakukan perkara sama, selain menggesa sumbangan untuk penyelidikan ALS.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS), kira-kira 12,000 hingga 15,000 rakyat AS mungkin menghidap penyakit ALS. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.