Pendekatan Biden bosan tapi dijangka berkesan - Utusan Malaysia

Pendekatan Biden bosan tapi dijangka berkesan

JOE BIDEN mengayuh basikal sambil ditemani isterinya, Jill Biden di Delaware, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Joe Biden dijangka bertungkus-lumus ‘memulihkan semua kerosakan’ yang dilakukan oleh Donald Trump sepanjang tempohnya bergelar presiden negara ini.

Malahan, Biden berikrar untuk menjadikan diplomasi AS kembali ‘segar’ biarpun ada pihak berpendapat usahanya itu ‘membosankan’.

Biden mula mengorak langkah pentadbirannya dengan dengan menghubungi semua pemimpin negara yang pernah dikutuk Trump atau menjadi seterunya.

Antaranya termasuk Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang Trump sifatkan sebelum ini sebagai seorang pemimpin yang tidak jujur dan lemah dalam Twitternya.

Biden menyatakan kesediaannya untuk mengukuhkan semula hubungan dengan Kanada, terutamanya kerjasama menangani Covid-19.

Selepas itu, Biden menghubungi Canselor Jerman, Angela Merkel. Trump sebelum itu mengkritik Merkel kerana polisinya yang membenarkan kemasukan pendatang ke negara tersebut.

Biden memaklumkan bahawa AS di bawah pentadbirannya berminat untuk menjalin kerjasama dengan Jerman dalam beberapa aspek termasuk perubahan iklim.

Pendekatan yang diambil oleh Biden itu disifatkan sebagai diplomasi tradisional, namun lebih berkesan jika dilakukan secara teratur.

Pakar politik di Universiti Tufs, Monica Duffy berkata, Trump suka melakukan semua perkara secara sehala dan dua hala, berbeza dengan Biden yang lebih memahami adalah perlu untuk melakukan kerja secara pelbagai hala.

“Secara peribadinya, saya rasa cara kerja Biden lebih tenang, tidak bersifat individu serta mengikut protokol dan yang paling penting, beliau tidak menyuarakan semuanya di Twitter,” katanya.

Biden dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-46 pada 20 Januari depan selepas memenangi pilihan raya presiden, baru-baru ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya