New South Wales, Victoria buka semula sempadan - Utusan Malaysia

New South Wales, Victoria buka semula sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Dua negeri di Australia yang paling padat dengan penduduk membuka semula pintu sempadannya hari ini selepas ditutup selama empat bulan, selepas Victoria pulih daripada gelombang kedua pandemik Covid-19.

New South Wales dan Victoria menutup pintu sempadan pada Julai lalu iaitu pertama kali dalam tempoh sedekad bagi menangani jangkitan Covid-19 di Melbourne yang merupakan ibu negeri Victoria.

Kali terakhir pintu sempadan negeri itu ditutup adalah pada 1919 ketika pandemik selesema Sepanyol.

Pembukaan semula pintu sempadan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, menyaksikan pemandu yang melintasi kawasan sempadan membunyikan hon kereta mereka, selain bersorak kegembiraan.

Pengumuman itu juga bakal menyaksikan peningkatan trafik udara antara Melbourne dan Sydney yang merupakan antara laluan tersibuk dunia sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Lapangan terbang Sydney dijangka menerima kehadiran kira-kira 4,000 penumpang menerusi 26 penerbangan dari Victoria hari ini.

Selain dapat memulihkan semula sektor perniagaan di kawasan sempadan, pengumuman itu juga membolehkan pelbagai pihak bekerja semula, termasuk petugas dalam industri penerbangan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya