Lelaki belanja guna kupon 36 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki belanja guna kupon 36 tahun

HIROTO KIRITANI menunjukkan kupon percuma yang diperolehinya selama 36 tahun. - ODDITY CENTRAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki di sini meneruskan kehidupan dan berbelanja selama 36 tahun dengan hanya menggunakan kupon yang diberi secara percuma oleh sebuah syarikat pelaburan.

Lapor Oddity Central, keistimewaan itu menyaksikan Hiroto Kiritani, 71, boleh berbelanja tanpa perlu mengeluarkan duit sepanjang tempoh tersebut.

Malahan, dia hanya mengeluarkan wang bagi membayar sewa rumah dan kos utiliti.

Kisah Kiritani bermula apabila dia yang sebelum ini merupakan pemain catur profesional terlibat dalam aktiviti pelaburan saham ketika berusia 35 tahun.

Kiritani kemudiannya dijemput untuk menjadi tenaga pengajar di syarikat pelaburan Tokyo Securities Kyowakai mengenai permainan catur.

Minat Kiritani terhadap saham semakin mendalam sehingga dia membeli saham pertama pada 1984 dan memperoleh keuntungan dalam tempoh yang singkat.

Namun, pada Disember 1989, purata saham Nikkei menjunam menyebabkan dia kerugian banyak dan dari situ, lelaki tersebut mula menerima faedah lain berupa kupon percuma. 

Pada asasnya, syarikat pelaburan di Jepun akan menawarkan pelbagai kupon dan baucar percuma kepada pemegang saham selagi keuntungan syarikat kekal pada paras tertentu

Bahkan semasa krisis bursa saham Jepun pada 1989, manfaat yang diterima pelabur menyebabkan Kiritani boleh membeli makanan dan pakaian dengan hanya menggunakan kupon. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya