fbpx

1 Disember 2020, 7:00 am

  TERKINI

Kecewa jual batu meteor murah

JOSHUA Hutagalung menunjukkan batu meteor yang terjatuh atas bumbung rumahnya di Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki dari Sumatera Utara yang menjual batu meteor yang ditemukan pada harga 200 juta rupiah atau AS$14,000 (RM57,270) mendapati sebenarnya dia boleh memperoleh keuntungan berlipat ganda kerana nilai sebenar batu tersebut dianggarkan berharga AS$1.85 juta (RM7.6 juta).

Joshua Hutagalung berkata, dia berasa tertipu selepas menjual batu meteor itu kepada seorang pakar dari Amerika Syarikat (AS), Jared Collins pada harga lebih murah.

Sehubungan itu, dia menyangkal laporan media luar negara yang menggelarnya ‘jutawan segera’ selepas menjual batu meteor tersebut.

“Saya sudah membelanjakan kesemua duit yang diperoleh hasil menjual batu meteor tersebut untuk membantu keluarga, anak-anak yatim, membina gereja dan membaiki kubur ibu bapa saya,” katanya seperti yang dilapor Jakarta Post.

Pada 1 Ogos lalu, Hutagalung sedang menyiapkan sebuah keranda untuk dijual ketika batu meteor tersebut tiba-tiba terjatuh atas bumbung rumahnya yang terletak di perkampungan Setahi Nauli di daerah Kolang, Tapanuli.

Lelaki berusia 34 tahun itu memberitahu dia terkejut dengan bunyi dentuman itu dan pada mulanya takut untuk melihat apa yang jatuh.

Kemudian, dia mendapati seketul batu meteor tertanam dalam lubang sedalam 15 sentimeter, selain bumbung rumahnya berlubang susulan hentaman batu tersebut.

“Saya memaklumkan insiden itu kepada rakan-rakan dalam Facebook dan perkara tersebut menjadi tular dalam sekelip mata.

“Dua hari selepas itu, ada penduduk tempatan menawarkan satu bilion rupiah (RM289,889) untuk membeli batu tersebut, namun saya menolaknya dan kini saya menyesal,” ujarnya.

Dua minggu kemudian, rumah Hutagalung di datangi Collins yang menawarkan 200 juta rupiah untuk membeli batu tersebut dan pada mulanya lelaki itu menolak sebelum bersetuju.

Sementara itu, Hutagalung memaklumkan dia hanya menjual 1.8 daripada 2.2 kilogram batu tersebut kepada Collins dan memberikan selebihnya kepada ahli keluarganya.

“Keluarga saya tidak berniat untuk jual batu meteor itu, mereka ingin simpan untuk dijadikan kenangan,” jelasnya.

 

BERITA BERKAITAN