Indonesia pendekkan cuti akhir tahun 2020 - Utusan Malaysia

Indonesia pendekkan cuti akhir tahun 2020

KERAJAAN Indonesia memendekkan cuti akhir tahun 2020 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19 di negara itu. - ANTARA/ANDREAS FITRI ATMOKO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan pegawai bawahannya untuk memendekkan cuti akhir tahun 2020 dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 di negara itu.

Lapor Jakarta Post, Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Budaya, Muhadjir Effendy mendedahkan perkara itu dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Kabinet Isnin lalu.

“Presiden telah meminta mengurangkan (hari cuti kolektif) selaras dengan cuti akhir tahun termasuk hari cuti gantian bagi Hari Raya Aidilfitri,” katanya seperti dipetik Tribunnews.    

Jelas beliau, presiden juga telah mengarahkan kementeriannya untuk mengadakan mesyuarat berkaitan perkara itu dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang lain. 

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk menjadualkan semula hari cuti kolektif Hari Raya Aidilfitri yang pada awalnya ditetapkan dari 26 hingga 29 Mei ditukar kepada 28 hingga 31 Disember depan disebabkan peningkatan kes wabak Covid-19 yang membimbangkan dilaporkan pada awal tahun ini.   

Keputusan mengenai cuti kolektif itu ditetapkan dalam dokumen keputusan bersama berhubung cuti umum 2020 dan cuti kolektif yang ditandatangani oleh menteri hal ehwal agama, tenaga kerja serta pentadbiran dan birokrasi.    

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Indonesia (IDI) menyuarakan kebimbangan mengenai masalah yang mungkin tercetus daripada pelaksanaan cuti akhir tahun dan cuti kolektif. 

Persatuan itu turut mencadangkan kepada kerajaan untuk membatalkan kesemua cuti yang dirancangkan sekiranya perlu.

Dalam pada itu, Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Tjahjo Kumolo memaklumkan setakat ini tiada perubahan dalam rancangan cuti kolektif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya