DPR arah Pilkada 2020 diteruskan - Utusan Malaysia

DPR arah Pilkada 2020 diteruskan

SURUHANJAYA II DPR menegaskan Pilkada 2020 tetap akan diteruskan. - ANTARA FOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR) menegaskan Pilihan Raya Daerah (Pilkada) 2020 tetap akan tetap diteruskan meskipun jumlah kes positif Covid-19 yang dicatatkan di republik ini sudah mencecah 506,302 kes hari ini.

Lapor CNN Indonesia, Timbalan Pengerusinya, Arwani Thomafi berkata, ahli-ahli Parlimennya masih optimis bahawa semua pihak dapat mencegah kewujudan kluster Covid-19 Pilkada.  

“Kami akan tetap meneruskan Pilkada kerana adanya jaminan daripada kerajaan dan pihak penganjur bahawa semua boleh mengamalkan protokol kesihatan,” katanya.

Jelas Arwani, ketika ini, tiada sebarang perancangan untuk mengubah skim Pilkada.

Ahli politik dari Parti Persatuan Pembangunan (PPP) juga menyatakan kerajaan dan pihak penganjur Pilkada harus memastikan protokol kesihatan diamalkan pada hari pengundian.  

Beliau juga menggesa penguatkuasaan terhadap pihak yang melanggar protokol dilaksanakan semula. 

“Semua pihak berkepentingan harus mematuhi protokol dan ketegasan pihak berkuasa secara teratur,” katanya. 

Anggota Suruhanjaya II DPR dari Parti Golkar, Zulfikar Arse turut mengesahkan status penganjuran Pilkada 2020 meskipun kes jangkitan Covid-19 sudah mencecah lebih setengah juta kes. 

Katanya, setakat ini, tiada cadangan untuk menangguhkan pilihan raya itu.

“Ia diteruskan tetapi secara ketat denganpematuhan protokol kesihatan dari semua pihak termasuk calon, pengundi, penganjur, pasukan petugas, kerajaan tempatan dan pegawai penguatkuasa,” ujarnya.

Zulfikar merujuk data Pasukan Pengurusan Kesihatan (Satgas) Pencegahan Covid-19 yang melaporkan jumlah zon merah di kawasan Pilkada semakin berkurangan.  

Jelas beliau, data itu menunjukkan bahawa pilihan raya boleh diadakan jika penguatkuasaan protokol diperketatkan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya