44 maut Iota badai Amerika Tengah - Utusan Malaysia

44 maut Iota badai Amerika Tengah

HARTA benda milik penduduk musnah akibat banjir selepas Taufan Iota membadai Honduras. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BILWI, Nicaragua: Pasukan penyelamat terus melakukan operasi pencarian mayat mangsa selepas Taufan Iota membadai Amerika Tengah dalam minggu ini, menyaksikan sekurang-kurangnya 44 orang maut dan banyak kemusnahan infrastruktur direkodkan.

Data awal yang diperoleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menganggarkan 4.6 juta penduduk di rantau tersebut terjejas akibat Iota termasuk 1.8 juta kanak-kanak.

Antara tempat paling terus terjejas adalah kawasan pergunungan Penas de Blanca di utara Nicaragua apabila berlaku tanah runtuh yang meragut sembilan nyawa.

Iota membadai barat laut Nicaragua pada awal minggu ini, menyebabkan kemusnahan infrastruktur yang teruk.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 250 anggota keselamatan ditempatkan di kawasan terjejas untuk mengalihkan pokok tumbang dan membersihkan sisa kemusnahan infrastruktur.

Di Honduras, seramai 14 maut dalam insiden tanah runtuh di barat negara itu dengan pasukan penyelamat terus mencari mayat mangsa yang tertimbus.

Sementara itu di Guatemala, dua penduduk dilaporkan maut dengan lima hilang dan lebih 4,000 dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.