Pelitup muka elektrik basmi Covid-19 - Utusan Malaysia

Pelitup muka elektrik basmi Covid-19

Pelitup muka elektrik didakwa lebih berkesan membasmi virus Covid-19. - MIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

London : Sekumpulan penyelidik negara ini memperkenalkan pelitup muka elektrik yang dipercayai jauh lebih berkesan membasmi virus Covid-19 daripada pelitup muka biasa. 

Lapor Dailymail, pelitup muka yang diperbuat daripada penebat neoprena boleh membunuh virus melalui jaringan tembaga halus yang dipanaskan sehingga 90 darjah Celcius itu merupakan hasil kaji selidik pakar dari Institut Teknologi Massachussets, Amerika Syarikat.   

Sekiranya dikomersialkan, peranti menggunakan tenaga bateri itu mungkin lebih mahal daripada pelitup kain, pelitup pembedahan mahupun pelitup muka N95. 

Bagaimanapun, pelitup itu sangat sesuai untuk digunakan dalam situasi yang terdedah risiko virus tinggi seperti di tempat penjagaan kesihatan atau pengangkutan awam yang sesak.

Kelebihan pelitup muka itu adalah ia tidak perlu dibuang atau disterilkan setelah digunakan.

Para penyelidik yang mengemukakan hak paten pada reka bentuk pelitup itu turut membina prototaip bagi menjalankan ujian fizikal.

“Sebilangan besar pelitup muka hari ini berfungsi dengan aspek penyaringan, menapis zarah mengikut ukuran atau cas elektrik,” jelas jurutera kimia, Samuel Faucher.

Dalam kajian itu, para penyelidik membuat model matematik untuk menentukan julat suhu optimum yang perlu dicapai oleh jaring tembaga tersebut untuk mematikan zarah Covid-19 secara termal. 

Penyelidik menentukan suhu sekitar 90 darjah Celcius) dapat mengurangkan kepekatan virus di udara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya