Phuket ibarat ‘pesakit koma ICU’ - Utusan Malaysia

Phuket ibarat ‘pesakit koma ICU’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pulau peranginan Phuket kini diibaratkan seperti ‘pesakit koma yang dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU)’.

Demikian reaksi Gabenor Phuket, Narong Woonciew me­ngenai keadaan di wilayah peranginan itu susulan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak berkepen­tingan membantu memulihkan ekonomi wilayah tersebut.

Bangkok Post melaporkan, Narong memaklumkan Phuket yang terkenal sebagai pusat peranginan dunia mengalami kerugian kira-kira 400 bilion baht (RM52.8 bilion) akibat penula­ran wabak tersebut.

Kata Narong, Phuket kebia­saannya menerima kemasukan 14 juta pelancong setiap tahun dengan 10 juta daripadanya adalah pelancong asing.

“Sebanyak 300 penerbangan sehari tiba di Phuket membawa pelancong asing. Namun kini jumlah itu menurun kepada 81 penerbangan sehari dan hanya puluhan ribu pelancong tempatan direkodkan mengunjungi Phuket.

“Kira-kira 40,000 pekerja kehilangan kerja. Ada juga yang pendapatan mereka dipotong antara 20 hingga 90 peratus, selain hanya 30 peratus hotel masih dibuka di seluruh Phuket,” katanya.

Jelas beliau, bagi mengatasi masalah yang berlaku, Phuket memperkenalkan beberapa pakej menarik kemasukan pelancong asing dan tempatan.

Kata Narong, antara pakej rangsangan itu termasuk menjadikan Phuket sebagai lokasi pelbagai seminar yang dianjurkan kerajaan serta agensi lain.

“Setakat ini, Phuket sudah mengundang 15,000 anggota sukarelawan kesihatan desa di selatan Thailand bercuti di sini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya