Pemberhentian pekerja melonjak tinggi - Utusan Malaysia

Pemberhentian pekerja melonjak tinggi

PEKERJA memandu mesin pembersihan jalan di Singapura. Kadar pemberhentian pekerja di Singapura melonjak tinggi ekoran kesan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pemberhentian pekerja pada separuh pertama tahun ini melonjak ke paras ter­tinggi sejak krisis kewangan 2009 manakala pengambilan pekerja menjunam ketika kesan pandemik Covid-19 memberi kesan ketara kepada pasaran buruh.

Channel News Asia me­laporkan, menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), dalam tempoh tersebut, seramai 11,350 pekerja diberhentikan, lebih tinggi berbanding 10,120 yang hilang kerja semasa SARS.

Lagi 81,720 pekerja diletakkan di bawah aturan waktu kerja lebih singkat atau diberhentikan buat sementara waktu pada suku kedua apabila kegiatan perniagaan digantung sepanjang tempoh ‘pemutus rantaian jangkitan’ selama dua bulan antara April dan Jun.

Kadar masuk semula pasaran buruh bagi pekerja yang diberhentikan pada suku ke­dua tahun ini juga merosot ke paras rekod 58 peratus.

Secara keseluruhannya jumlah pengambilan pekerja, tidak termasuk pembantu rumah asing, menguncup sebanyak 129,100 pada separuh pertama – pengurangan terbesar dalam tempoh enam bulan yang pernah dicatatkan.

Pengambilan pekerja asing­ merosot 5.7 peratus, jatuh lebih mendadak berbanding 2.7 peratus melibatkan pekerja tempatan.

Kadar pengangguran yang disesuaikan mengikut musim terus meningkat sejak beberapa bulan lalu mencecah 4.0 peratus dalam kalangan warga Singapura, 3.8 peratus (dalam kalangan penduduk) dan 2.8 peratus secara keseluruhannya pada Jun.

Pada Julai, jumlah itu meningkat kepada 4.3 peratus dalam kalangan warga Singapura, 4.1 peratus (penduduk) dan 3.0 peratus secara keseluruhannya.

Menurut MOM, ini kali pertama kerajaan mengeluarkan kadar pengangguran bulanan yang disesuaikan mengikut musim dan pihaknya akan terus berbuat demikian pada masa akan datang.

Peningkatan pada kadar pengangguran dalam kalangan penduduk disebabkan kenaikan jumlah penganggur jangka pendek, jelas MOM, sedang kadar pengangguran jangka panjang penduduk yang disesuaikan mengikut musim merosot pada Jun dari 0.9 peratus kepada 0.8 peratus.

Jumlah jawatan kosong berkurangan dari 46,300 pada Mac kepada 42,400 (Jun).

MOM menambah, ketidaktentuan yang berterusan pada ekonomi global serta permintaan luaran yang lemah akan terus menjejas pasaran buruh pada separuh kedua tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya