Jepun kuasai projek ‘kereta terbang’ - Utusan Malaysia

Jepun kuasai projek ‘kereta terbang’

KERETA terbang SkyDrive berjaya 'diterbangkan ke udara' selama empat minit oleh seorang pemandu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Di sebalik banyak negara berlumba-lumba menghasilkan kereta terbang pertama, Jepun dilihat maju ‘setapak ke hadapan’ apabila ujian kereta terbangnya menampakkan kejayaan memberangsangkan.

Daily Mail melaporkan, SkyDrive merupakan satu daripada banyak syarikat di Jepun yang bertungkus-lumus menghasilkan kereta terbang, namun projek mereka akhirnya berhasil selepas ‘kenderaan masa depan’ itu berjaya diterbangkan beberapa kaki ke udara.

Menerusi rakaman video, kereta tersebut dibawa terbang oleh seorang pemandu selama empat minit.

Hasil kejayaan itu, ketua SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa me­lahirkan harapan untuk kereta tersebut dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2023 dan dijual dalam pasaran.

“Dalam lebih 100 projek kereta terbang yang cuba dihasilkan di seluruh dunia, hanya satu sahaja yang berjaya ‘diangkat ke udara dengan seorang pemandu di dalamnya’.

“Saya harap ramai orang ingin­ menaiki kereta tersebut dan yakin kenderaan itu selamat,” katanya.

Selain itu Fukuzawa berkata, jika pasukannya berjaya meningkatkan masa terbang kereta itu dari lima hingga 30 minit, projek tersebut menawarkan potensi yang baik termasuk digunakan mengeks­port barangan ke China.

Jelas Fukuzawa, kereta terbang itu menggunakan Evtol iaitu kaedah berlepas dan pendaratan secara menegak untuk bergerak antara posisi serta dipercayai kelebihan itu boleh mengurangkan kesesakan di lapangan terbang dan jalan raya pada masa depan.

Selain berdepan cabaran meningkatkan tempoh di udara, ciri-ciri lain juga perlu diambil kira termasuk bateri, kawalan trafik udara dan isu infrastruktur.

Projek SkyDrive bermula 2012 sebagai projek sukarelawan yang digelar Cartivator dan menerima dana beberapa syarikat besar seperti Toyota, Panasonic dan firma permainan­ video, Bandai Namco.

SkyDrive cuba melakukan penerbangan tiga tahun lalu tetapi gagal.

Namun dana 27.8 bilion pound (RM154 bilion) daripada Bank Pemba­ngunan Jepun membantu dalam kerja-kerja pembangunan.

 

PENJELASAN PAKAR

Terdahulu Sanjiv Singh, profesor di Institut Robotik, Universiti Carnegie Mellon yang mengasaskan Near Earth Autonomy di Pittsburgh dan pasukannya juga mengusahakan kenderaan Evtol.

Beliau berkata: “Jika kosnya AS$10 juta (RM41.6 juta), tidak akan ada yang membelinya. Jika terbang selama lima minit, juga tidak akan ada yang hendak membeli.”

Lilium dari Jerman; Joby Aviation (California) dan Wisk, usaha sama antara Boeing dan Kitty Hawk juga mengusahakan projek Evtol.

Ketua Eksekutif Kitty Hawk, Sebastian Thrun berkata, kapal terbang, telefon bimbit dan kereta pandu sendiri memerlukan masa untuk diterima orang ramai.

Katanya, tetapi masa antara teknologi dan penggunaan sosial mungkin lebih cepat untuk kenderaan Evtol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya