Malaysia kini pengeluar kereta - Utusan Malaysia

Malaysia kini pengeluar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 10 Julai 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kereta buatan Malaysia yang pertama iaitu, Proton Saga dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam suasana penuh bersejarah.

Dengan pelancaran itu, Malaysia kini menjadi antara salah satu negara pengeluar kereta di dunia. Ia juga menandakan bermulanya era baru negara dalam industri automotif yang berat dan mencabar.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 10 Julai 1981 – Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan ‘Briged Air’ sebagai langkah sementara untuk meringankan masalah kesulitan air di daerah Kulim.
  • 10 Julai 1983 – Kerajaan Negeri Melaka akan mengubahsuai bangunan Kelab Melaka untuk dijadikan bangunan Memorial Tunku Abdul Rahman.
  • 10 Julai 1984 – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sebuah sekolah di Klang, Selangor dimasukkan ke hospital kerana tertelan empat bilah jarum.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN