Pada 8 Jun 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan jenazah Allahyarham Tun Mohd. Fuad Stephens selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negeri, Kota Kinabalu dengan penuh penghormatan negeri.
Suasana sedih dan terharu menyelubungi upacara berkenaan dengan ribuan rakyat Sabah bersesak-sesak untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri mereka yang mengetuai Kerajaan Negeri cuma 53 hari sahaja.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 8 Jun 1972 – MARA telah membeli 75 peratus pegangan dalam Syarikat Bumirel dan mengambil alih pentadbiran syarikat pengangkutan berkenaan sejak 1 Jun lalu.
- 8 Jun 1973 – Kesatuan Kakitangan Am Universiti Pertanian Malaysia (KEKAUP) secara rasmi telah diterima menjadi ahli berdaftar di bawah Kesatuan Sekerja Malaysia.
- 8 Jun 1977 – Pemangku Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan darjah bintang Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Sri’ oleh Sultan Kedah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










