Pada 21 Januari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Komplek Kewangan Malaysia dan Biro Ekonomi UMNO akan membantu memaju serta menyelamatkan tanah milik bumiputera di seluruh negara, terutamanya di Pulau Pinang, tegas Tun Abdul Ghafar Baba.
Tun Ghafar selaku pengerusi kedua-dua badan berkenaan memaklumkan, Perdana Menteri, Tun Hussein Onn memandang berat penjualan tanah-tanah milik bumiputera yang tidak diusahakan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 21 Januari 1980 – Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bakal dibekalkan dengan senjata api untuk mempertahankan diri masing-masing ketika melakukan serbuan ke tempat-tempat maksiat.
- 21 Januari 1982 – Album kedua Datuk Rahim Maarof yang berjudul ‘Jangan Marah-Marah’ menyebabkan namanya semakin dikenali setelah album pertamanya ‘Hayalan Senja‘ kurang mendapat sambutan.
- 21 Januari 1983 – Seorang banduan dari penjara Alor Setar, Hamzah Talib menjadi banduan pertama di negara ini melabur dalam skim ASN berjumlah RM3,510 dalam satu majlis ringkas di penjara berkenaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










