Pada 6 Januari 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang penjenayah yang sangat merbahaya, ‘Mat Solo‘ berjaya melepaskan diri daripada gari di tangannya semasa menerima rawatan di Hospital Umum Melaka.
Dua orang anggota polis yang mengawalnya telah mengejar, namun gagal menangkapnya semula. ‘Mat Solo‘ atau nama sebenarnya, Jantan Abdul Rahman, 27 tahun turut terkenal dengan nama ‘Mat Botak‘, dimasukkan ke hospital akibat cedera dikaki setelah ditembak oleh anggota polis November lalu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 6 Januari 1972 – Kapal kargo ketujuh milik Syarikat Perkapalan Kebangsaan Malaysia yang dinamakan ‘Bunga Melati’ seberat 11,200 tan bakal dirasmikan pada 18 Januari ini di Pelabuhan Shimonoseki, Jepun.
- 6 Januari 1973 – Skuadron Jet Pejuang Supersonik F5E yang bakal ditubuhkan oleh TUDM bakal ditempatkan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang.
- 6 Januari 1975 – Seorang peniaga ayam, Lom Koi, 69 tahun ditemui mati dengan tangan terikat dalam sebuah telaga di tengah sawah padi di Kampung Jelapang, Kuala Kangsar, Perak.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










