Pada 13 Januari 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sebanyak empat mayat telah ditemui, manakala 120 orang penumpang berjaya diselamatkan dari sebuah kapal M.L. Al-Malyn yang karam dekat Pulau Tambisan, Sandakan, Sabah.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mohamed Shahir Abdul Majid, seramai 102 orang penumpang masih hilang di lautan. Kapal malang tersebut dilaporkan membawa seramai 216 orang penumpang serta sarat dengan muatan barangan sedang dalam pelayaran ke Sandakan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 Januari 1979 – Jutawan terkenal, Mustapha Kong, 59 tahun terbunuh dalam satu kebakaran yang memusnahkan bangunan Hotel International di Jalan Merdeka, Labuan.
- 13 Januari 1983 – Seramai 70 orang kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah dibuang kerja sepanjang tahun 1982 kerana kesalahan di bawah tatatertib dan melanggar disiplin.
- 13 Januari 1984 – Kerajaan Negeri Pahang akan berusaha menjadikan Daerah Temerloh dan Pekan di Pahang sebagai kawasan tanaman padi bagi mencukupkan keperluan beras di negeri ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










