Pada 3 Disember 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tindakan pantas seorang penolong pengurus ladang telah menggagalkan cubaan empat orang pemuda untuk menculik seorang gadis penoreh getah di Jalan Air Hitam, Dengkil, Selangor.
Mereka telah meninggalkan kereta jenis ‘Opel Kadet’ dan gadis berkenaan di sebatang jalan mati di Batu Tiga setelah dikejar dengan sebuah kereta oleh penolong pengurus berkenaan dan pihak polis berjaya menahan keempat-empat penculik ketika turun daripada sebuah bas di pekan Kajang.
Antara peristiwa lain yang menarik
- 3 Disember 1976 – Satu usul bagi mengharamkan tarian bogel dan peraduan ratu cantik bakal dibincangkan dalam mesyuarat agung Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Pulau Pinang 19 Disember ini.
- 3 Disember 1977 – Atlet jalan kaki wanita negara yang merupakan penyumbang pingat emas pertama di Sukan SEA KE-9, S. Kalaimaney diberi sambutan khas oleh Syarikat Motorola di Sungai Way.
- 3 Disember 1980 – Kapal TLDM K.D. Pari telah berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang N.V. Yellow River yang sedang dalam pelayaran di utara Pulau Panang daripada hangus terbakar.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










