Masjid Rusila jadi kawasan larangan - Utusan Malaysia

Masjid Rusila jadi kawasan larangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 November 1983, Utusan Malaysia melaporkan Masjid Rusila yang menjadi tempat berlangsungnya ijtimak pemimpin Pas selama dua hari telah bertukar menjadi satu kawasan larangan kepada orang ramai.

Kira-kira 200 pemimpin Pas yang menghadirinya juga tidak dibenarkan keluar dari bangunan Masjid Rusila itu. Mereka makan, minum, tidur dan berbincang di dalam masjid tersebut dan individu yang tidak memakai lencana khas dilarang keras memasuki kawasan berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 November 1979 – Penulis novel ‘Salina’, Datuk A. Samad Said menerima hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) daripada Permaisuri Thai, Ratu Sirikit di Bangkok.
  • 14 November 1983 – Kapal baru milik kastam, ‘Bahtera Pulai’ yang baru dilancarkan telah berjaya mematahkan satu sindiket penyeludupan bijih timah bernilai RM500 ribu dari sebuah kapal Thailand di Selat Melaka.
  • 14 November 1984 – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) berjaya mewujudkan 29 buah syarikat perintis sebagai galakan untuk bumiputera memasuki bidang perindustrian.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN