Hisap ganja, 6 pelajar SM TTDI diberkas - Utusan Malaysia

Hisap ganja, 6 pelajar SM TTDI diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 November 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pihak polis telah menahan seramai enam orang pelajar Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur kerana disyaki menghisap ganja dalam sebuah kelas di sekolah berkenaan.

Kesemua mereka yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan lima berusia antara 15 hingga 17 tahun telah ditangkap oleh guru besar dan beberapa orang guru lain sekitar pukul 8.50 pagi ketika sedang leka menghisap ‘rokok‘ di dalam sebuah kelas yang kosong.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 November 1982 – Sultan Johor berkenan menganugerahkan tanah diraja di Endau kepada pihak Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim untuk tujuan pembelajaran sains pertanian dengan lebih terperinci.
  • 7 November 1983 – Seorang suri rumah, Ramlah Awang, 24 tahun telah melahirkan anak perempuan kembar tiga di Hospital Besar Kuala Terengganu.
  • 7 November 1984 – Keretapi Tanah Melayu (KTM) bakal melancarkan satu lagi perkhidmatan terbaru iaitu, ‘railbus’ yang menghubungkan antara bandar Taiping dan Butterworth tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN