Dua pelajar dipenjara letupkan biri-biri - Utusan Malaysia

Dua pelajar dipenjara letupkan biri-biri

LEIGHTON Ashby (kiri) dan Oakley Hollands. - Polis Sussex
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dua penuntut universiti yang bertindak kejam memukul, menendang dan meletupkan seekor biri-biri menggunakan bunga api akhirnya dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah di Hove, Britain kelmarin.

Leighton Ashby, 22, dan Oakley Hollands, 20, melakukan serangan ganas itu di sebuah padang berhampiran Ditchling Beacon, East Sussex, pada November 2023.

Dalam kejadian yang berlangsung selama 30 minit itu, kedua-dua pesalah mengejar haiwan tersebut sebelum menumbuk dan menendangnya berkali-kali.

Mereka bertindak kejam dengan menyumbat bunga api ke dalam mulut dan dubur biri-biri tersebut lalu meletupkannya sehingga haiwan itu mengalami kecederaan teruk.

Kedua-dua pelajar tersebut  sempat menjemput dua rakan lain untuk melihat bangkai haiwan tersebut yang kononnya didakwa sebagai bangkai seekor memerang.

Hollands turut merakam aksi kejam itu di mana dia kedengaran ketawa dan menggesa Ashby untuk  membunuh haiwan berkenaan.

Hukuman yang dijatuhkan itu  menyaksikan Ashby dipenjara selama dua tahun. Hollands dihukum penjara 20 bulan di institusi pesalah muda selepas kedua-duanya mengaku salah pada Ogos tahun lalu.

Kes ini mencetuskan kemarahan luar biasa sehingga penunjuk perasaan memenuhi ruang hadapan Pusat Perbicaraan Hove sebelum hukuman dijatuhkan.

Kenyataan komuniti yang dibacakan di mahkamah mendedahkan bahawa ramai penduduk mengalami gangguan tidur dan kegelisahan melampau selepas mengetahui butiran kes tersebut yang disifatkan sebagai sangat menjijikkan.

Hakim Stephen Gold menyifatkan serangan tersebut sebagai satu tindakan yang kejam dan sadis.

Pendakwa Raya, Jordan Franks memberitahu mahkamah bahawa rakaman video memaparkan Ashby duduk di atas biri-biri tersebut sambil bersorak kegembiraan.

“Hollands mengejar biri-biri berkenaan sebelum melakukan serangan tersebut,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN