Pemandu teksi dibunuh dengan kejam - Utusan Malaysia

Pemandu teksi dibunuh dengan kejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 Oktober 1985, Utusan Malaysia melaporkan seorang pemandu teksi, Hanafi Mat Jelas, 33, ditemukan mati di sebuah lombong setelah ditembak, disumbat ke dalam bonet teksinya dan kemudian dibawa merompak dalam satu drama pembunuhan dan penyeksaan yang kejam.

Rakannya yang dikenali sebagai Shaari Mamap yang menumpang teksinya turut diikat di sebatang pokok dan ditikam oleh empat penjenayah yang bersenjatakan pistol dan parang. Mayat Hanafi ditemukan di sebuah lombong di Sungai Long, Hulu Langat, Selangor.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 Oktober 1983 – Petronas adalah antara 30 buah syarikat dari seluruh dunia yang menerima anugerah ‘Sword of Honour‘ Majlis Keselamatan British yang merupakan anugerah keselamatan tertinggi di dunia.
  • 30 Oktober 1985 – Semua pelan dan reka bentuk astaka musabaqah membaca Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan dibukukan sebagai pusaka warisan generasi akan datang.
  • 30 Oktober 1986 – Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) telah mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM85.3 juta bagi tempoh enam bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN