Empat nelayan Kelantan terapung 13 jam di laut - Utusan Malaysia

Empat nelayan Kelantan terapung 13 jam di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 September 1986, Utusan Malaysia melaporkan empat nelayan terpaksa menyabung nyawa selama 13 jam terapung-apung di lautan, dengan dua daripada mereka dalam keadaan cedera parah setelah bot yang dinaiki pecah dilanggar oleh sebuah kapal dagang di perairan pantai Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan.

Keempat-empat mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sekumpulan nelayan lain yang menyedari tentang tragedi tersebut apabila melihat sebuah peti besi terapung-apung di tengah laut dan segera melancarkan gerakan mencari.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 September 1982 – Istiadat pertunangan puteri Sultan Perak, Raja Zarith Sofiah, 23, dengan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail, 24, putera Sultan Johor berlangsung dalam penuh istiadat diraja.
  • 23 September 1983 – Raja Jordan, Al-Malik Hussein dan Permaisuri Noor El-Hussein tiba buat pertama kalinya di Malaysia dalam misi lawatan rasmi selama tiga hari ke negara ini.
  • 23 September 1985 – Kain songket Malaysia yang bercorak tradisional bernilai RM7,000 telah mendapat penghargaan dunia apabila diterima sebagai salah satu penyertaan terbaik dalam pertandingan kain tenunan antarabangsa di Jakarta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN