Panggung wayang dibakar, 377 orang penonton rentung - Utusan Malaysia

Panggung wayang dibakar, 377 orang penonton rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Ogos 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 377 orang telah terbakar hidup-hidup apabila beberapa orang pengkhianat bertindak membakar sebuah panggung wayang yang penuh sesak dengan penonton di Abadan, Iran.

Menurut laporan, pengkhianat-pengkhianat tersebut telah bertindak secara sistematik membakar di empat penjuru bangunan panggung wayang selepas mengunci pintu masuk bangunan itu dari luar supaya tiada siapa pun yang boleh melepaskan diri.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 21 Ogos 1968 – Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman memaklumkan, Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya, Selangor akan dijadikan sebuah Pusat Pengajian Tinggi Islam di Malaysia.
  • 21 Ogos 1972 – Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk memindahkan Tugu Peringatan Kemerdekaan di Jalan Kota ke Padang Bandar Hilir.
  • 21 Ogos 1974 – Perenang wanita Jerman Timur, Kornelia Ender, 16 tahun berjaya mencipta rekod baru dunia dalam acara renang 100 meter gaya bebas di Kejohanan Renang Eropah dengan catatan masa 56.96 saat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN