Kedutaan AS pindah puluhan kakitangan - Utusan Malaysia

Kedutaan AS pindah puluhan kakitangan

KEDUTAAN AS di Beirut memindahkan berpuluh-puluh kakitangannya kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Lubnan bertindak memindahkan berpuluh-puluh kakitangannya melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri kelmarin, susulan risiko keselamatan serantau yang semakin meruncing antara Teheran dan Washington.

Seorang pegawai Jabatan Negara AS memaklumkan bahawa kakitangan sokongan dan ahli keluarga mereka diarahkan keluar dari negara itu buat sementara.

“Kami sentiasa menilai persekitaran keselamatan dan memutuskan adalah wajar untuk mengurangkan jumlah kehadiran kakitangan. Bagaimanapun, pejabat kedutaan di Beirut tetap beroperasi untuk membantu rakyat AS di sini,” katanya.

Menerusi kenyataan di laman X, pihak kedutaan turut mengenakan peraturan pergerakan yang lebih ketat terhadap kakitangan yang masih berada di Beirut dan memberi amaran bahawa sekatan perjalanan tambahan mungkin dikenakan pada bila-bila masa.

Langkah  itu dibuat ketika Iran dan AS sedang bersedia untuk bertemu di Geneva, Switzerland esok bagi menyambung semula rundingan mengenai perjanjian nuklear yang terhenti.

Rundingan tersebut dijadualkan berlangsung ketika AS sedang memperluaskan kehadiran tenteranya di Teluk Parsi, selain tindakan Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang giat menjalankan latihan ketenteraan baru-baru ini.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan tetap menjadi pilihan utama sekiranya diplomasi gagal dalam tempoh 10 hingga 15 hari akan datang.

Kenyataan keras itu telah meningkatkan spekulasi bahawa rantau Asia Barat kini berada di ambang konfrontasi terbuka jika rundingan di Geneva tidak membuahkan sebarang hasil positif. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN