Pada 17 Julai 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia menjadi negara pertama di luar Afrika mengambil keputusan untuk tidak menyertai Sukan Komanwel di Edinburgh, Scotland yang dijadualkan minggu hadapan.
Malaysia mengambil keputusan untuk bersama-sama lima negara Afrika yang menjadi anggota Komanwel memulaukan sukan itu bagi menunjukkan bantahan terhadap Britain kerana melaksanakan sekatan ekonomi terhadap rejim perkauman di Afrika Selatan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Julai 1982 – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Wan Mohamad Wan Teh telah meluluskan 144 buah rancangan kampung tersusun bagi mengatasi masalah perumahan setinggan dan rakyat berpendapatan rendah.
- 17 Julai 1983 – Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bakal memulakan sesi akademiknya yang pertama dengan dua program asas, iaitu undang undang dan ekonomi.
- 17 Julai 1984 – Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Undang-Undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Perluasan) 1984 yang dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chong Hon Nyan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]