Rompakan wang tunai terbesar di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Rompakan wang tunai terbesar di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Jun 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai berjumlah RM700,000 dalam satu rompakan terbesar di First National City Bank di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown, Pulau Pinang.

Sejumlah RM500,000 daripada wang rompakan berkenaan adalah merupakan wang gaji selama dua minggu yang perlu dibayar kepada anggota-anggota Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang berpangkalan di Butterworth.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Jun 1979Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menggunakan helikopter untuk kerja-kerja menyembur racun serangga di beberapa kawasan sawah padi di Perlis Selatan yang teruk diserang penyakit bena perang.
  • 16 Jun 1982Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor menerbitkan sebuah jurnal mengisahkan persejarahan Negeri Johor yang diberi nama ‘Jauhar’.
  • 16 Jun 1983Kod pos kebangsaan yang menggunakan angka-angka untuk sesuatu kawasan akan diperkenalkan bermula tahun hadapan, menurut Ketua Pengarah Jabatan Pos, M. Rajasingam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN