Razak pasti ganti saya - Tunku - Utusan Malaysia

Razak pasti ganti saya – Tunku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Jun 1970, Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman membayangkan kemungkinan beliau akan meletakkan jawatan dan timbalan beliau, Tun Abdul Razak akan menggantikan tempatnya.

Tunku yang berumur 67 tahun bakal bersara tidak lama lagi dan beliau seterusnya akan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Sekretariat Islam Sedunia yang baru ditubuhkan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Jun 1970 – Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah menegur para pemilik gedung perniagaan di Kuala Lumpur kerana masih tidak menghormati Bahasa Malaysia.
  • 18 Jun 1973 – Lebih 500 orang anggota Pertubuhan Komunis Sarawak (SCO) yang telah diharamkan, bertindak menyerah diri kepada pihak berkuasa dalam tempoh tujuh bulan lalu.
  • 18 Jun 1976 – Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Hamzah Abu Samah menerusi kementeriannya bakal melancarkan buku ‘Panduan Perusahaan‘ dalam Bahasa Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN