Jasa Malaysia ditagih untuk selesaikan krisis di Iran - Utusan Malaysia

Jasa Malaysia ditagih untuk selesaikan krisis di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Mei 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Malaysia telah diminta oleh Yang Dipertua Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Salim Abdul Salim untuk membantu mencari jalan menyelesaikan krisis Iran, kata Menteri Luar, Tengku Ahmad Rithauddeen hari ini.

Salim yang melawat Malaysia baru-baru ini yakin negara ini dengan kewibawaannya yang begitu tinggi di mata antarabangsa boleh memainkan peranan bagi mencari jalan penyelesaian krisis berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Mei 1984 – Seorang ahli Dewan Undangan Negeri Sabah mencadangkan supaya Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa daerah Sabah bagi membolehkan penduduk di pedalaman memahami agama Islam.
  • 5 Mei 1985 – Kumpulan Nasyid Nurul Ikhwan dari Pulau Pinang diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan di Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.
  • 5 Mei 1986 – Penyanyi baru, Noraziah Mohd. Sidek atau Azie kini menjadi artis rakaman syarikat Mathias Gomez Production dan bakal melancarkan album sulungnya bulan depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN